Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Noordin Mat Top terus diburu
Isnin, Mei 01, 2006
WONOSOBO 30 April - Pasukan keselamatan Indonesia menjalankan operasi di seluruh Jawa Tengah hari ini bagi memburu ketua militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mat Top.

Dalam pada itu polis menyoal siasat dua suspek yang ditangkap dalam serbuan terhadap tempat persembunyian Noordin semalam.

Warga Malaysia itu yang dipercayai mendalangi beberapa serangan pengebom berani mati di Indonesia itu sekali lagi membolosi kepungan polis awal semalam.
Walaupun diintip sejak berbulan-bulan lalu, Noordin tidak lagi berada di rumah persembunyiannya di kampung Binangun, Jawa Tengah apabila pasukan elit polis antikeganasan menggempurnya.

''Sepasukan pakar forensik melakukan pemeriksaan di tempat kejadian dan ratusan anggota polis telah dikerahkan,'' kata timbalan jurucakap polis Indonesia, Anton Bahrul Alam.

''Kami masih mencari Noordin dan telah melancarkan operasi meluas untuk membataskan pergerakannya.

''Dua orang militan ditembak mati dalam serbuan semalam manakala dua lagi ditangkap,'' katanya.

Selain senjata api, peluru dan bahan letupan, puluhan dokumen dan sebuah komputer turut dirampas.

Pihak berkuasa berharap penangkapan itu dapat membantu mereka menjejaki Noordin atau mengetahui perjalanan rangkaian Jemaah Islamiah (JI).

Dua suspek yang ditahan itu mengaku menemui Noordin pada Disember 2005, tetapi menafikan mereka mengetahui di mana dia berada sekarang, kata polis.

Kawasan serbuan semalam dipercayai telah digunakan oleh puak militan yang menyamar sebagai penjual pakaian di sebuah pasar berhampiran sekurang- kurangnya selama lima bulan.
posted by jasindaily online @ 5:06 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com