| DEMI MASA |
| |
| Mahmoud cadang ada pungutan suara |
| Jumaat, Mei 26, 2006 |
RAMALLAH, Tebing Barat 25 Mei - Dalam satu pengumuman yang dramatik, Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan mengadakan pungutan suara untuk menerima negara Israel di sisi negara Palestin sekiranya Hamas tidak bersetuju dengan idea itu dalam tempoh 10 hari.
Pungutan suara itu dianggap langkah yang paling wajar sekiranya Hamas masih enggan duduk semeja dengan Israel bagi menjayakan pelan damai antara Palestin dengan negara Yahudi itu yang telah tertangguh sejak sekian lama.
Kata dua itu adalah satu perjudian politik yang mungkin boleh membantu menamatkan kebuntuan atau menjadikan jurang krisis politik dalaman di Palestin bertambah dalam.
Para pegawai kanan Hamas berkata, mereka menerima idea untuk mengadakan pungutan suara itu.
Undian seperti itu akan meminta rakyat Palestin mengakui secara tersirat mengenai kewujudan negara Israel serta memberikan satu alasan kepada kumpulan yang lebih keras tanpa menjatuhkan air muka mereka.
Mahmoud membuat cadangan itu ketika Perdana Menteri Israel Ehud Olmert kembali dari lawatan ke Washington di mana beliau membentangkan pelan pengunduran dari Tebing Barat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush.
Olmert berkata, sekiranya tiada pencapaian dalam usaha keamanan yang tertangguh sekian lama dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Israel akan berundur dari sebahagian besar Tebing Barat, mengukuhkan kawalan di blok penempatan yang besar dan menggariskan sendiri sempadan negara itu dengan Palestin.
Palestin menolak pelan sebelah pihak oleh Olmert itu dan pengumuman Mahmoud hari ini kelihatan sebagai satu usaha segera untuk menunjukkan kepada dunia, terdapat pihak Palestin yang sedia berunding dengan Israel.
Mahmoud berkata, sekiranya dialog selama 10 hari antara Hamas dan pergerakan Fatah tidak mencapai platform politik bersama, beliau akan mengadakan pungutan suara dalam tempoh 40 hari selepas itu.
Dailog itu telah bermula hari ini.
Pungutan suara itu akan meminta rakyat Palestin sama ada menerima atau menolak dokumen yang telah disediakan awal bulan ini oleh pejuang kanan Palestin yang dipenjarakan di Israel. |
posted by jasindaily online @ 7:30 PG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|