Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Isu nuklear: Iran sedia kerjasama
Isnin, Mei 01, 2006
TEHERAN 30 April - Iran hari ini berjanji akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mengenai program nuklearnya dengan syarat kes itu ditangani oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan bukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Hamid Reza Asefi mengulangi kesediaan Teheran untuk menyelesaikan isu itu menerusi dialog.
''Jika IAEA dan Majlis Keselamatan memberi komitmen untuk terus meletakkan kes ini di tangan IAEA, kami bersedia memberikan kerjasama maksimum,'' kata Hamid.

''Tetapi jika mereka mengambil tindakan radikal, kami akan bertindak balas secara radikal. Jika keputusan mereka munasabah, keputusan kami juga begitu. Jika keputusan mereka radikal, keputusan kami juga radikal,'' tambah beliau.

IAEA dalam laporannya kelmarin mengesahkan Iran tidak mematuhi tuntutan Majlis Keselamatan supaya membekukan program pengayaan uranium.

Amerika Syarikat (AS) dan kuasa-kuasa Eropah kini bersiap sedia untuk meminta Majlis Keselamatan meluluskan resolusi yang mewajibkan Iran memenuhi kehendak IAEA dan badan dunia itu.

Menteri Luar lima anggota tetap Majlis Keselamatan dan Jerman dijadual bermesyuarat di New York pada 9 Mei ini untuk membincangkan krisis itu.
Wakil negara-negara tersebut juga dijadual bertemu di Paris pada Selasa ini menjelang rundingan itu.

''Peserta mesyuarat di Paris dan New York perlu faham bahawa program nuklear Iran adalah selaras dengan kehendak rakyat Iran dan tidak boleh dibatalkan,'' kata Timbalan Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Mohammad Saidi kepada media kerajaan.

''Republik Islam Iran tidak ada rancangan untuk menghentikan atau membekukan kegiatan pengayaan uranium,'' katanya.
posted by jasindaily online @ 5:09 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com