Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Iran kutuk resolusi PBB
Ahad, Mei 07, 2006
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 5 Mei - Duta Iran ke PBB, Javad Zarif mengutuk resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut Teheran menghentikan kegiatan pengayaan uranium atau menghadapi ancaman tindakan lanjut yang bertujuan untuk mencetuskan konfrontasi dan bukan menyelesaikan pertikaian berhubung program nuklear Iran.

Javad berkata, tindakan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis mengambil pendekatan berkonfrontasi itu amat dikesali kerana terdapat banyak kemungkinan lain bagi mencari penyelesaian secara aman.

''Draf resolusi itu menunjukkan niat penggubalnya untuk mencetuskan krisis sedangkan krisis tidak diperlukan, mewujudkan suasana tegang sedangkan ketegangan tidak perlu ditimbulkan di rantau kami dan suasana sedemikian boleh dielakkan hanya dengan membuka pintu rundingan secara serius, bertimbang rasa dan rasional,'' kata beliau semalam.

Menurut draf resolusi itu, tuntutan Majlis Keselamatan pada akhir Mac lalu supaya Iran menghentikan kegiatan pengayaan uranium akan dijadikan mandatori dan Teheran diberi tempoh singkat untuk mematuhinya.

Jika Iran enggan patuh, resolusi itu menyebut Majlis Keselamatan akan menimbangkan ''langkah-langkah lanjut'' bagi memastikan kepatuhan tersebut.

Para penajanya mahu resolusi itu diluluskan di bawah Bab 7 Piagam PBB supaya ia dapat dikuatkuasakan menerusi sekatan atau jika perlu, tindakan ketenteraan.

Draf tersebut yang dibentangkan kelmarin oleh Britain dan Perancis dengan sokongan padu AS melagakan tiga kuasa Barat itu dengan Rusia dan China yang menentang keras sekatan dan tindakan tegas Majlis Keselamatan.

Kelima-lima anggota tetap Majlis bermesyuarat petang semalam untuk membincangkan draf itu dan bersetuju untuk bertemu lagi pagi ini.
posted by jasindaily online @ 7:43 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com