Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Blair rombak Kabinet Britain - Parti Buruh kalah teruk pilihan raya tempatan
Ahad, Mei 07, 2006
LONDON 5 Mei - Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengorbankan dua menteri kanannya dalam rombakan besar-besaran Kabinet hari ini selepas Parti Buruh pimpinannya mengalami kekalahan paling teruk dalam pilihan raya tempatan sejak mengambil alih kuasa pada tahun 1997.

Penganalisis-penganalisis berpendapat Blair bertindak demikian bagi memperkukuhkan kedudukannya ekoran pelbagai isu kontroversi dihadapinya sejak kebelakangan ini.

Menteri Luar, Jack Straw dan Setiausaha Dalam Negeri, Charles Clarke kehilangan jawatan masing-masing manakala Timbalan Perdana Menteri, John Prescott yang terlibat dalam skandal seks mengekalkan jawatannya, tetapi dilucutkan daripada tanggungjawab jabatannya yang dianggap 'penting', termasuk perumahan dan perancangan.

Menteri Alam Sekitar, Margaret Beckett mengambil alih jawatan Straw, sekali gus muncul sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut.

Clarke akan meninggalkan kerajaan manakala Straw bakal menjadi Ketua Dewan Rendah Parlimen.

Portfolio Clarke diambil alih oleh John Reid, sekutu rapat Blair yang sebelum ini menjadi Setiausaha Pertahanan.

Des Browne dinaikkan pangkat daripada jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk menggantikan tempat Reid.

Dalam reaksinya di televisyen British, Clarke menyatakan beliau tidak bersetuju dengan keputusan Blair itu tetapi akur dengan hak Perdana Menteri.

Clarke menjadi sasaran kecaman selepas dilaporkan lebih 1,000 penjenayah asing tidak dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke negara asal mereka setelah selesai menjalani hukuman penjara di Britain.

Keputusan terkini yang disiarkan hari ini dalam laman web BBC menunjukkan Parti Buruh kehilangan 256 daripada 4,360 kerusi majlis tempatan yang dipertandingkan di England manakala pembangkang, Parti Konservatif, yang memperlihatkan tanda kebangkitan semula di bawah pemimpin baru, David Cameron menambah 252 kerusi.

''Keputusan ini satu amaran kepada kami sebagai sebuah kerajaan'' kata Menteri Kewangan, Gordon Brown.

''Pembaharuan Parti Buruh mesti bermula sekarang,'' tegas beliau.

Pengkritik menyelar Blair sejak dua minggu lalu berhubung pembebasan penjenayah asing tersebut, pengurangan kakitangan hospital yang mendapat bantahan keras dan pengakuan Prescott mengenai hubungan sulit dengan setiausahanya.

''Konservatif memperoleh keputusan terbaik sejak 1992 yang menunjukkan mereka mula bangkit semula,'' kata pengendali tinjauan pendapat umum Mori, Ben Page.

''Tetapi itu tidak bermakna Parti Buruh akan kalah dalam pilihan raya akan datang, cuma persaingan akan menjadi lebih sengit. Keputusan ini bukan menandakan kehancuran Parti Buruh,'' kata beliau.

Terdahulu, seorang lagi anggota Kabinet, Geoff Hoon telah pun menjangka Blair merombak Kabinetnya hari ini dalam usaha untuk meniupkan nafas baru ke dalam kerajaan.

''Nampaknya sekarang ini masa yang sesuai, sudah tiba masanya untuk pasukan baru mengambil alih,'' katanya
posted by jasindaily online @ 7:53 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com