LONDON 8 Mei - Perdana Menteri Britain, Tony Blair menolak permintaan ahli-ahli Parti Buruh yang mahu beliau menetapkan tarikh berundur kerana ia boleh melumpuhkan kerajaan negara ini. Blair kini berusaha mematahkan pergolakan yang memuncak dalam Parti Buruh mendesak beliau berundur segera.
Kata Blair, beliau akan menyusun peralihan kuasa dengan lebih teratur bagi memberi masa kepada penggantinya berada dalam kedudukan lebih mantap sebelum pilihan raya 2010.
Parti Buruh kini berada dalam keadaan huru-hara selepas menghadapi kekalahan teruk dalam pilihan raya tempatan minggu lalu.
|