Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Barat pembohong besar - Mahmoud Ahmadinejad - Kuasa-kuasa besar berpura-pura bimbang tetapi perluaskan aktiviti
Khamis, Mei 11, 2006
JAKARTA 10 Mei - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini menyifatkan kenyataan negara-negara Barat yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu-isu nuklear sebagai satu pembohongan besar.

Mahmoud berkata demikian dalam sidang media di sini pada hari pertama lawatan tiga harinya ke Indonesia.

''Saya tegaskan, mereka sebenarnya bukan bimbang dengan program nuklear. Malah mereka sendiri menjalankan aktiviti nuklear dan memperluaskannya hari demi hari. Mereka menguji senjata pemusnah besar-besaran yang baru setiap hari.

''Kuasa-kuasa besar berpura-pura bimbang, tetapi kebimbangan itu hanya satu pembohongan besar,''kata beliau.

Menurut Mahmoud, rakyat Iran marah dengan keputusan-keputusan tidak betul yang diambil oleh masyarakat antarabangsa.

''Rakyat Iran cukup berkemampuan untuk mempertahankan hak-hak mereka sendiri,'' tegas beliau.

Merujuk kepada surat yang dihantarnya kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, Mahmoud menyatakan pengiriman surat itu adalah keputusan yang betul dan beliau tidak bimbang dengan reaksi AS yang menggambarkannya sebagai percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada isu nuklear Iran.

Susilo Bambang Yudhoyono yang bercakap pada sidang media sama selepas kedua-dua pemimpin berunding selama 90 minit berkata, beliau yakin Iran bersedia untuk menyelesaikan isu itu secara aman menerusi rundingan lanjut dan menawarkan bantuan Jakarta sebagai perantara.

''Kita berharap dalam isu kritikal ini, kita boleh mengadakan kerjasama erat untuk meredakan ketegangan,'' kata Susilo.

Sebelum itu Indonesia menyambut kedatangan Ahmadinejad dengan tembakan hormat 21 das sebelum beliau memulakan rundingan yang dibayangi oleh dasar nuklear republik Islam itu.

Tujuan utama Mahmoud ke Indonesia bagaimanapun bukan berkaitan isu nuklear tetapi untuk meningkatkan hubungan ekonomi.

Iran dalam proses melaburkan beberapa bilion dolar dalam sektor minyak dan gas di Indonesia.
posted by jasindaily online @ 7:24 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com