Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
AS tolak surat Mahmoud
Rabu, Mei 10, 2006
WASHINGTON 9 Mei - Surat Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush tidak mengubah pendirian Washington terhadap program nuklear Teheran.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Frederick Jones menyatakan, surat itu sedikit pun tidak membincangkan isu-isu yang mencetuskan perbalahan antara Iran dengan masyarakat antarabangsa.

Menurut Jones, surat yang dihantar kepada Bush semalam tidak membawa sebarang kemajuan berhubung isu-isu yang menimbulkan kebimbangan pentadbiran AS, termasuk program nuklear Iran dan apa yang dianggap oleh Washington sebagai rekod hak asasi manusia Iran yang buruk.

''dimaklumkan tentang surat itu dalam penerbangan ke Florida,'' kata Jones sambil menambah, White House tidak akan menyiarkan kandungannya.

Surat Mahmoud digambarkan oleh pegawai Teheran sebagai inisiatif diplomatik penting untuk memecahkan kebuntuan sejak berminggu-minggu lalu mengenai isu nuklear Iran dan untuk meredakan ketegangan selepas suku abad terputusnya hubungan rasmi antara peringkat tertinggi kerajaan di Washington dan Teheran.

Bercakap kepada wartawan semalam ketika dalam perjalanan ke Florida, jurucakap Bush, Scott McClellan berkata, pendirian Washington sama seperti pendiriannya sebelum surat itu diterima.

Sementara itu, Setiausaha Negara, Condoleezza Rice turut menolak surat Mahmoud dengan berkata, surat pertama daripada seorang pemimpin Iran dalam tempoh 27 tahun itu tidak membantu menyelesaikan konfrontasi berhubung program nuklear Teheran.

''Kita tidak menemui saluran dalam surat ini untuk menangani isu nuklear atau isu lain,'' kata Rice.

Menurut beliau, surat Mahmoud itu setebal 17 atau 18 muka surat dan meliputi sejarah, falsafah dan agama.
posted by jasindaily online @ 7:26 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com