Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
AS setuju tubuh dana Palestin
Khamis, Mei 11, 2006
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 10 Mei - Amerika Syarikat (AS) melembutkan sedikit pendiriannya terhadap Hamas dengan mempersetujui cadangan daripada perantara damai Asia Barat yang lain untuk menubuhkan sebuah dana baru bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

Persetujuan mengejut itu semalam memperlihatkan kebimbangan bahawa krisis kemanusiaan boleh meletus di wilayah Palestin berikutan langkah kuasa Barat menghentikan bantuan langsung kepada Palestin dalam usaha untuk menekan kerajaan pimpinan Hamas supaya mengiktiraf Israel.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sehari selepas rundingan diplomatik tertutup, AS, Kesatuan Eropah (EU), PBB dan Rusia, mereka akan menimbangkan program sementara untuk menyalurkan bantuan tambahan secara terus kepada penduduk Palestin.

Kuartet Asia Barat itu tidak menyatakan jumlah atau jenis bantuan yang akan disalurkan.

Dana berkenaan boleh diwujudkan dalam masa beberapa minggu, kata komisioner perhubungan luar EU, Benita Ferrero-Waldner.

Dana baru itu hanya bertujuan untuk membiayai keperluan kemanusiaan asas.

Diplomat EU dan AS berkata, pada suatu peringkat nanti dana itu mungkin digunakan untuk membayar gaji doktor atau guru atau untuk perkhidmatan lain yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan Hamas.
posted by jasindaily online @ 7:34 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com