Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
6 negara bincang isu nuklear Iran esok
Isnin, Mei 08, 2006
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 7 Mei - Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) terus berusaha mengatasi jurang perbezaan dengan Rusia dan China menghubung resolusi bagi mengekang program nuklear Iran.

Resolusi yang bertujuan mengenakan sekatan terhadap Teheran menurut AS, akan diundi minggu ini walaupun tanpa sokongan Moscow dan Beijing.

Selepas mesyuarat tidak rasmi selama dua jam semalam di Misi PBB Britain, ahli-ahli majlis berkata, mereka mencapai kemajuan melalui perbincangan dari perenggan ke perenggan resolusi yang disyorkan.

Pada masa yang sama, enam Menteri Luar kuasa besar akan bertemu di sini Selasa ini bagi mencari persetujuan bersama untuk memaksa Iran menghentikan program nuklear.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia serta Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana yang memberi fokus terhadap penolakan Teheran terhadap tuntutan PBB.

Sementara itu Duta Britain ke PBB, Emyr Jones Parry berkata, isu-isu berbalah tidak akan dibincangkan secara terperinci, sekali gus meninggalkan tanda tanya mengenai prospek penerimaan resolusi tersebut dengan secara segera.

''Kami sedang berusaha mencapai kesepakatan tetapi kami bersedia mengundi tanpanya,'' kata Duta AS, John Bolton.

''Kami tidak mahu meneruskan rundingan ini tanpa mencapai penyelesaian. Saya fikir adalah realistik untuk mempertimbangkan pengundian pada minggu depan (ini),'' katanya.

Resolusi yang ditaja bersama oleh Britain dan Perancis serta disokong AS akan memberi mandatori kepada tuntutan Majlis Keselamatan sebelum ini bagi menggantung pengayaan uranium, pemprosesan plutonium dan pembinaan reaktor air berat.

Draf tersebut turut menyatakan ''risiko perlumbaan senjata'' oleh Iran yang akan mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Resolusi itu juga akan menerima Bab 7 Piagam PBB yang membolehkan sekatan - atau jika perlu - tindakan ketenteraan.

Rusia dan China, anggota Majlis Keselamatan yang mempunyai kuasa veto dan beberapa anggota tidak tetap telah menentang resolusi di bawah Bab 7 kerana tidak ada bukti kukuh Iran membina senjata nuklear seperti yang didakwa oleh AS dan para sekutunya, malah menentang sebarang tindakan lanjut.
posted by jasindaily online @ 7:24 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com