Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
15 terbunuh letupan pengebom berani mati
Khamis, Mei 04, 2006
BAGHDAD 3 Mei - Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah pusat pengambilan anggota polis di Fallujah hari ini menyebabkan 15 orang terbunuh dan 30 cedera dalam serangan yang dipercayai bertujuan untuk menghalang penduduk Arab Sunah daripada menyertai pasukan keselamatan.

Polis juga menemui mayat 15 lelaki Iraq di sini hari ini, dipercayai mangsa terbaru keganasan Syiah-Sunah membabitkan pasukan pembunuh yang menculik orang awam, menyeksa mereka dalam tahanan dan membuang mayat mereka di jalan raya.

Sejumlah 20 lagi mayat yang mempunyai bekas tembakan turut ditemui di serata Baghdad malam tadi.

Serangan di Fallujah, bekas kubu kuat gerila 65 kilometer ke barat Baghdad itu adalah sebahagian daripada kempen gerila menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk membawa masuk lebih ramai pemuda Sunah menyertai pasukan polis dan tentera negara ini.

Pengebom berkenaan meletupkan diri di pintu masuk ke bangunan polis yang turut membunuh tiga pemohon pekerjaan dan dua anggota polis.

Serangan itu berlaku sewaktu Parlimen Iraq bersidang buat kali ketiga sejak anggotanya dipilih tahun lepas.

Perdana Menteri baru, Nouri Al-Maliki, seorang tokoh Syiah, dalam proses memilih Kabinet untuk kerajaan perpaduan negara daripada campuran parti-parti politik Syiah, Arab Sunah dan Kurdis.

Nouri dilantik secara rasmi pada 22 April lalu dan telah berjanji untuk melengkapkan barisan Kabinet bulan ini.
posted by jasindaily online @ 5:58 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com