SEOUL 9 Mei - Korea Selatan hari ini mulai mengundurkan seramai 1,000 anggota tenteranya dari Iraq dan dijangka selesai berundur sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Pasukan tentera negara ini merupakan yang ketiga paling ramai ditempatkan di Iraq dan sehingga ini ia masih mempunyai baki seramai 3,200 anggota tentera di negara tersebut.
Korea Selatan menghantar anggota tenteranya ke Iraq pada tahun 2004 sebagai sokongan terhadap pasukan tentera negara sekutunya dari Amerika Syarikat (AS) biarpun mendapat bantahan daripada penduduk awam dan Presiden Roh Moo-hyun dari parti yang memerintah, Parti Uri.
Pasukan tentera negara ini ditempatkan di kawasan utara Iraq, Arbil bagi mengendalikan operasi pengaman dan projek pembinaan semula di Iraq.
AS mempunyai bilangan anggota tentera yang paling ramai di Iraq diikuti oleh Britain.
|