Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
1 anggota Hamas ditembak, 3 diculik
Khamis, Mei 25, 2006
GAZA 24 Mei - Seorang anggota kumpulan Hamas terbunuh manakala empat lagi cedera selepas sekumpulan penjenayah bersenjata melepaskan tembakan ke arah mereka.

Insiden tersebut berlaku hanya sehari selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh semalam meminta kedua-dua pihak bertelagah untuk tidak melakukan perkara di luar batasan mereka.

Hingga kini, tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu yang berlaku ketika wujudnya pergelutan kuasa antara Hamas dan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Sumber-sumber Hamas memberitahu, tiga anggota Hamas yang tidak bersenjata diculik pada waktu subuh di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, mereka bertiga kemudiannya dicampak di sebatang jalan dengan kesan tembakan pada bahagian kaki mereka tidak beberapa lama selepas itu. Seorang daripada anggota Hamas terbabit yang mengalami luka parah, akhirnya meninggal dunia.

Saudara-mara kepada tiga anggota Hamas itu menyalahkan Fatah sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan penculikan tersebut.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, dua anggota Hamas cedera selepas mereka ditembak oleh individu tidak dikenali dari arah sebuah kenderaan di Bandar Gaza.
posted by jasindaily online @ 7:17 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com