Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Tanda kegagalan Amerika -- Pemimpin-pemimpin AS kecewa usaha buru Osama tidak berkesan
Selasa, April 25, 2006
WASHINGTON 24 April - Pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS) memberi ingatan bahawa amaran Osama bin Laden menerusi rakaman video yang dikeluarkan semalam tidak harus dipandang mudah, sebaliknya ia merupakan ''petanda yang memilukan mengenai kegagalan AS dalam memerangi ketua rangkaian pengganas.''

''Saya percaya kita perlu mengambil serius amaran tersebut,'' kata Duta AS ke Iraq, Zalmay Khalilzad dalam satu temu bual dengan CNN semalam.

Zalmay menambah, Osama cuba menunjukkan bahawa beliau masih lagi menjadi watak utama dan mahu mendapatkan perhatian dalam perkembangan-perkembangan semasa dunia.

Pita rakaman tersebut menyeru umat Islam supaya bersedia untuk berperang di Sudan jika tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dihantar dan pemulauan antarabangsa terhadap Palestin pimpinan Hamas merupakan bukti penentangan Zionis kepada Islam.

Pegawai tertinggi Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan Demokrat, Jane Harman pula menyalahkan penglibatan tentera AS di Iraq telah mengubah haluan asal untuk memburu dan menangkap Osama dan anggota Al-Qaeda.

''Pita rakaman itu mengingatkan kita bahawa selepas empat tahun kejadian 11 September, Osama masih bebas dan merupakan satu pemburuan yang paling besar, tetapi dan kita masih belum dapat menemuinya.

''Cabaran kita adalah menerusi projek AS sendiri dengan cara mengurangkan penglibatan tentera. Nilainya perlu ada. Kita perlu mengikut lunas perundangan.

''Kita tidak boleh menghantar pesanan yang akan menyebabkan kita kelihatan jahat dan akan menyebabkan kita diserang,'' kata Harman ketika bercakap dalam program televisyen Fox News Sunday, semalam.

Senator Republikan, Arlen Specter turut meluahkan rasa kecewa kerana usaha kurang dilakukan untuk menjejaki Osama.

''Terus-terang, saya amat tidak berpuas hati kerana kita belum dapat membawanya (Osama) ke muka pengadilan dan saya rasa ia perlu menjadi keutamaan,'' kata Specter.

Tambah beliau, ini menunjukkan kegagalan pentadbiran AS untuk menangkap Osama dan juga merupakan alasan kumuh supaya Donald Rumsfeld meletak jawatan.
posted by jasindaily online @ 8:40 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com