| DEMI MASA |
| |
| Singapura kawal laman web politik |
| Rabu, April 05, 2006 |
SINGAPURA: Singapura memberi amaran kepada penulis jurnal online (blogger) supaya mengelak daripada menulis isu politik di laman web mereka ketika negara itu bersiap menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Menteri Kanan Penerangan, Komunikasi dan Kesenian, Balaji Sadasivan, berkata peraturan yang memantau penggunaan internet ketika pilihan raya dikekalkan bagi menghalang perbahasan online menjadi sembang bahaya dan tidak berasas.Dalam kenyataan kepada parlimen yang diumumkan lewat kelmarin, Sadasivan berkata, blogger mungkin dikenakan hukuman jika mereka terus menyokong perdebatan politik ketika pilihan raya.
Teknologi baru seperti penyebaran video menerusi internet diharamkan kerana ia menjadi alat pengiklanan ketika pilihan raya, katanya.Pilihan raya umum dijangka diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi selepas kerajaan mengumumkan kawasan pilihan raya baru dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sudah mula mengumumkan calon untuk bertanding. Parti pembangkang Singapura terpaksa menggunakan internet untuk menyebarkan pandangan mereka selepas mengadu tidak banyak diberi ruang untuk berkempen dalam media arus perdana yang dikuasai kerajaan.''Dalam persekitaran internet yang bebas diakses semua orang, selain tidak mempunyai peraturan, perdebatan politik amat mudah menyimpang menjadi perbahasan yang tidak sihat, tidak boleh dipercayai serta bahaya selain mengelirukan rakyat,'' katanya.Sadasivan turut mengingatkan laman web parti politik dan individu yang menyokong idea politik supaya mendaftar dengan pihak berkuasa serta mematuhi aktiviti yang dibenarkan seperti disenaraikan dalam Peraturan Pengiklanan Pilihan Raya. Blogger persendirian mesti tidak terus memupuk, menggalakkan atau menyebarkan isu politik berkaitan Singapura, katanya. ''Mereka perlu mendaftar jika seseorang atau sesebuah kumpulan menggunakan jurnal online atau laman web mereka sebagai alat untuk menggalakan perbincangan politik,'' katanya. |
posted by jasindaily online @ 9:40 PTG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|