Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Presiden Iran lawat Indonesia bulan depan
Khamis, April 27, 2006
JAKARTA 26 April - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melawat Indonesia bulan depan untuk mengadakan rundingan dua hala sebelum menghadiri sidang kemuncak lapan negara Islam (D8) termasuk Malaysia di Bali.

Mahmoud dijadual tiba di Indonesia pada 10 Mei dan menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kata pengarah di Kementerian Luar Indonesia, Mohammad Hidayat hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu akan menyaksikan beberapa perjanjian ditandatangani termasuk dalam bidang pelancongan dan kerjasama sektor tenaga, katanya.

Mahmoud adalah antara empat pemimpin negara asing yang akan menghadiri sidang kemuncak kumpulan lapan negara Islam membangun (D8) di pulau Bali pada 12 hingga 13 Mei ini.

Pemimpin-pemimpin lain yang dijangka hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan cara untuk mengelakkan krisis tenaga global dengan membangunkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui termasuk tenaga nuklear.

''Ekoran lonjakan harga minyak, sumber tenaga alternatif perlu dibangunkan,” katanya Hidayat.

Kontroversi berhubung program nuklear Iran mungkin turut dibincangkan, tambah beliau.

D8 mengadakan sidang kemuncak sulungnya pada 1997 dan kali terakhir bersidang di Teheran pada Februari 2004.

Anggota-anggota D8 lain ialah Nigeria, Mesir dan Bangladesh.
posted by jasindaily online @ 8:44 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com