JAKARTA: Majalah Playboy dengan edisi lebih 'lembut' mula berada di pasaran Indonesia hari ini mengenepikan bantahan pemimpin Islam yang meminta kerajaan mengharamkan majalah berkenaan, kata penerbitnya. Majalah itu tidak memaparkan wanita bogel manakala gambar model wanitanya lebih sopan berbanding majalah dijual di negara lain.Pengurus promosi majalah itu, Avianto Nugroho, berkata majalah itu akan mula dijual hari ini.
Majlis Ulama Indonesia tidak bersetuju dengan penerbitan majalah itu tanpa mengira apa juga kandungannya.''Dengan menerbitkannya, mereka berani berhadapan dengan bantahan masyarakat,'' kata Maruf Amin, ketua majlis fatwa.Penunjuk perasaan sebelum ini membantah di seluruh Indonesia apabila majalah itu mengumumkan cadangan mereka untuk menerbitkan versi tempatan. Belum diketahui sama ada demonstrasi akan kembali tercetus selepas orang ramai membeli majalah berkenaan. Majalah memaparkan gambar wanita dengan pakaian menjolok mata djual di Indonesia termasuk majalah FHM versi Indonesia dan Maxim.Selain itu, video cakera padat lucah walaupun diharamkan juga dijual di pasaran negara itu yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. |