Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Permintaan AS ditolak - Moscow berhak tentukan rakan kerjasama nuklear
Jumaat, April 21, 2006
MOSCOW 20 April - Rusia hari ini menolak dengan sekeras-kerasnya permintaan Amerika Syarikat (AS) supaya Moscow menyekat pembinaan tapak kuasa nuklear di Iran, sekali gus memperlihatkan pemisahan Timur-Barat dalam menangani isu program nuklear Teheran.

''Setiap negara mempunyai hak untuk menentukan dengan siapa dan bagaimana ia bekerjasama,'' demikian menurut kenyataan Kementerian Luar Rusia dikeluarkan di sini.

Perkembangan ini dijangka menghangatkan usaha negara-negara Barat yang mengenakan tekanan ke atas Teheran supaya membatalkan program nuklearnya.

Terdahulu, ketua agensi nuklear, Rosatom Rusia, Sergei Kiriyenko turut mempertahankan projek bagi membina stesen kuasa nuklear Iran di Bushehr.

Moscow memberi tindak balas terhadap tuntutan Setiausaha Rendah AS, Nicholas Burns semalam supaya Rusia menghentikan kerjasama dengan Iran berkaitan isu nuklear walaupun isu nuklear awam seperti kemudahan Bushehr.

Percubaan oleh kuasa Barat dan Rusia bagi menunjukkan kesepakatan barisan hadapan yang bimbang terutamanya Washington bahawa kononnya kemungkinan program nuklear tersebut adalah untuk menyembunyikan projek bom rahsia.

Sebuah delegasi Iran telah berada di Moscow pada hari kedua untuk berunding secara rahsia tentang latar belakang yang menyebabkan tekanan antarabangsa semakin meningkat dan mencatatkan peningkatan harga minyak di pasaran dunia.
Agensi berita ITAR-TASS melaporkan, delegasi yang hadir itu termasuk Timbalan Menteri Luar, Abbas Araghshi dan Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan, Javad Vaidi.

Lewat semalam, Iran telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Diplomat Kanan dari Britain, Perancis dan Jerman bagi mengumumkan bahawa Teheran bakal mempercepatkan program pengayaan uranium.

Sementara itu, Presiden China, Hu Jintao yang mengadakan pertemuan hari ini dengan Presiden AS, George W. Bush berkata, negaranya telah bersedia untuk bekerjasama dengan AS menerusi rundingan untuk menyelesaikan krisis nuklear di Iran dan Korea Utara.

''Kami bersedia untuk menyambung tugas dengan berpihak kepada AS dan lain-lain yang mengambil berat untuk menyelesaikan secara aman isu nuklear di semenanjung Korea dan Iran menggunakan rundingan diplomatik,'' kata beliau selepas disambut oleh Bush sempena lawatan ke White House.
posted by jasindaily online @ 9:21 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com