LONDON: Pemimpin perguruan memberi amaran bahawa kes atau insiden anti-Islam di Britain semakin meningkat khususnya selepas serangan bom di London, tahun lalu, termasuk kejadian meludah kerana sasaran dianggap beragama Islam. Selain itu, ramai warga Muslim Britain juga merasa semakin tertekan berikutan sentimen perkauman terhadap mereka, kata delegasi di persidangan Kesatuan Kebangsaan Guru (NUT) di Torquay.Delegasi juga memberi amaran, pihak tertentu termasuk Parti Kebangsaan British (BNP) dan Barisan Kebangsaan (NF) sudahpun mengeksploitasi keadaan itu dengan menyebarkan mesej kebencian kaum. Anggota NUT juga mendakwa, kempen memerangi keganasan oleh kerajaan serta dasar 'tegas tetapi adil' dalam isu imigran turut menjadi faktor penyumbang kepada sentimen anti-Islam dan anti-imigran, lapor akhbar The Indepenent, di sini semalam.Setiausaha Agung NUT, Steve Sinnott, berkata NUT mencatat peningkatan dalam insiden pelajar Muslim diejek kerana agama mereka. ''Ada juga perkara yang lebih melampau seperti orang diserang atau kena ludah kerana mereka kelihatan seperti Muslim,'' tambahnya.Ia menyebabkan NUT mengeluarkan satu garis panduan kepada semua anggotanya menekankan mereka perlu menangani insiden perkauman di sekolah dan menghapuskannya sama sekali. Seorang delegasi, Dennis Gibbons, dari Leeds, ketika mengusulkan supaya lebih banyak sekolah melaksanakan dasar sama kaum, berkata:''Sokongan semakin meningkat kepada Parti Kebangsaan British (BNP) dan ini agak membimbangkan,''katanya sambil menyuarakan kebimbangan itu akan menjejaskan hubungan antara kaum.Selain itu, Jerry Glazier, setiausaha eksekutif NUT di Essex, pula berkata, 95.8 peratus daripada kesemua guru kulit putih mereka diberi 'merit' (mata tambahan) selepas berada di kedudukan tertinggi gaji domestik.Tetapi, bagi guru keturunan Afrika dan Asia, kadar 'merit' itu hanya meliputi 87.279 dan 80.2 per cent. Beliau memberi amaran bahawa adalah salah melanggar undang-undang dengan memberi gaji lebih kecil kepada orang berbeza kaum, menyifatkannya sebagai 'tidak sah di sisi undang-undang' melakukan disriminasi terhadap minoriti etnik. |