JAKARTA 12 April - Aktivis Muslim yang menuntut supaya penerbitan majalah Playboy dihentikan di republik itu, hari ini membaling batu ke arah pejabat majalah berkenaan dan bertempur dengan polis yang mengawal premis berkenaan. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam huru-hara yang melibatkan 150 orang anggota Barisan Pertahanan Islam (FPI), sebuah kumpulan yang tidak bertolak ansur dalam hal-hal melibatkan keagamaan termasuk memusnahkan bar dan kelab malam serta bangunan kedutaan-kedutaan negara Barat.
Saksi berkata, penunjuk perasaan melemparkan batu ke arah pintu dan tingkap pejabat majalah tersebut yang terletak di selatan Jakarta.
|