WASHINGTON 14 April - Pentadbiran Bush semalam memutuskan untuk terus mengenakan sekatan terhadap pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di sini. ''Mahmoud Abbas masih kekal terikat dengan prinsip penentang keganasan, pengiktirafan Israel dan menghormati perjanjian dan kewajipan terdahulu,'' kata seorang jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan White House, Fredderick Jones.
''Wakil PLO di sini masih kekal sebagai saluran komunikasi bagi Mahmoud,'' kata Jones.
Mahmoud yang mewakili pergerakan Fatah, kalah dalam pilihan raya menentang Hamas, adalah pengerusi kepada PLO.
Menurut Jones, pejabat PLO di sini akan diharamkan daripada beroperasi dan bank-bank di seluruh Amerika Syarikat (AS) akan disekat untuk memasukkan dana mereka kepada PLO.
Sekatan itu dikenakan mengikut undang-undang antipengganas pada 1987.
Bagaimanapun, sejak tahun 1994 kelonggaran mengenai sekatan itu dibuat secara rutin setiap enam bulan selepas PLO dan Israel mengiktiraf satu sama lain.
|