Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Nuklear: AS desak laporan negatif mengenai Iran
Rabu, April 26, 2006
BERLIN 25 April - AS mahu laporan yang bakal dikeluarkan oleh agensi pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kerjasama Iran dalam melaksanakan tuntutan supaya negara itu menggantung kegiatan pengayaan uraniumnya, bersifat negatif.

Wakil Amerika Syarikat (AS) di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Gregory Schulte berkata, pihaknya menjangkakan keputusan itu berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Teheran dua minggu lalu mengenai pengayaan uranium dan kegagalannya untuk bekerjasama dengan IAEA.

''Ketua Agensi IAEA, Mohamed ElBaradei akan mengemukakan laporan Jumaat ini bagi menunjukkan sama ada Iran mematuhi tuntutan Majlis Keselamatan dan Lembaga Gabenor IAEA.

Sementara itu, perunding kanan nuklear Iran, Ali Larijani hari ini memberi amaran bahawa kerajaannya akan menghentikan semua bentuk kerjasama dengan IAEA jika Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan ke atas negara itu.

Kenyataan Ali dibuat sehari selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad dengan beraninya meramalkan bahawa Majlis Keselamatan tidak akan mengenakan sekatan ke atas Teheran.

Mahmoud juga memberi amaran bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Dalam ucapannya pada satu persidangan antarabangsa mengenai program tenaga Iran di Teheran, Ali menegaskan bahawa Iran akan menggantungkan kerjasamanya dengan IAEA jika Majlis Keselamatan mengenakan sekatan ke atasnya.

''Jika Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan ke atas Iran, maka kami akan menggantungkan kerjasama kami dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

''Mereka (negara-negara Barat dalam lembaga IAEA) perlu faham bahawa mereka tidak boleh menyelesaikan isu ini melalui kekerasan,'' kata Ali.
posted by jasindaily online @ 9:05 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com