Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Laporan serangan AS perang psikologi - Iran
Isnin, April 10, 2006
TEHERAN 9 April - Iran menyifatkan laporan media bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang merancang serangan udara bagi memaksanya menghentikan program nuklear sebagai ''perang psikologi.''

''Kami menganggap (rancangan serangan udara) sebagai perang psikologi yang berpunca daripada rasa marah dan tidak berdaya AS,'' kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Hamid Reza Asefi.

Beberapa akhbar AS melaporkan White House mengkaji kemungkinan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran.

Washington Post yang memetik kenyataan pegawai AS dan penganalisis bebas melaporkan, serangan tersebut akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Pentagon dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah memeriksa sasaran kemungkinan seperti kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Natanz dan kemudahan pengalihan uranium di Isfahan.

Majalah New Yorker edisi 17 April menyebut, kerajaan AS merancang kempen pengeboman besar-besaran ke atas Iran, termasuk menggunakan bom pemusnah kubu bawah tanah di Natanz.

Di London, Setiausaha Luar Britain, Jack Straw menafikan laporan sedemikian dengan menyifatkannya sebagai mengarut.

Ketika memberitahu BBC, beliau berkata, masyarakat antarabangsa berhak untuk melihat perkembangan di Iran dengan tumpuan mendalam, tetapi tiada niat untuk melakukan serangan.

''Kita tidak pasti dengan niat Iran dan oleh itu tiada asas bagi sesiapa pun yang akan mendapat hak untuk melancarkan serangan ketenteraan,'' katanya.
Jelas beliau, pihaknya menentang serangan ketenteraan kerana ia merupakan pilihan paling buruk.
posted by jasindaily online @ 8:58 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com