| DEMI MASA |
| |
| Lagi kartun hina Nabi |
| Selasa, April 18, 2006 |
ROME: Kemarahan umat Islam yang baru reda berikutan paparan kartun menghina Nabi Muhammad di beberapa akhbar di Eropah disemarakkan kembali dengan penyiaran kartun menunjukkan nabi berada di dalam neraka. Paparan lakaran itu bukan sekadar membangkitkan kemarahan pemimpin Islam tetapi turut mengundang kecaman kumpulan konservatif Katolik berpengaruh di di negara itu.''Dengan semua usaha yang dilakukan di dunia Islam dan Kristian untuk menganjurkan dialog antara kepercayaan, terdapat segelintir minoriti yang tidak sudah-sudah mengapi-apikan keadaan dan mencetuskan kemarahan,'' Hamza Roberto Piccardo, pegawai Kesatuan Komuniti Islam Itali, dipetik sebagai berkata oleh Agence France-Presse (AFP).
Lakaran dalam isu Mac majalah Studi Cattolici yang dilaporkan berkait dengan rapat dengan kumpulan Opus Dei berpengaruh, menunjukkan dua penyajak Itali, Dante Alighieri dan Virgil, melihat Nabi Muhammad yang tubuhnya dikerat dua, menurut gambaran oleh agensi berita Itali, ANSA. Pegawai Liga Dunia Islam versi Itali, Mario Scialoja, mengkritik keras penyiaran kartun itu dan menyifatkan ia sebagai 'cita rasa buruk yang melampau.'Terdapat kira-kira 1.5 juta umat Islam di Itali tetapi agama suci itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan. |
posted by jasindaily online @ 9:41 PTG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|