Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Jet Israel bedil kediaman Mahmoud Abbas
Khamis, April 06, 2006
GAZA: Pesawat pejuang Israel melancarkan tiga peluru berpandu ke arah kediaman Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Gaza, kelmarin, sekalipun Menteri Luar Palestin dari pergerakan Hamas mengajak negara Yahudi itu berbaik-baik ke arah penyelesaian konflik Asia Barat, semalam.

Ia adalah serangan pertama Israel terhadap Mahmoud sejak beliau menggantikan Yasser Arafat dan selepas pembentukan kerajaan pimpinan Hamas.
Malah, beberapa kereta kebal Yahudi yang membedil kawasan utara Gaza membunuh dua warga Palestin dan mencederakan tujuh lagi termasuk seorang ibu dan anaknya yang baru berusia enam bulan.
Di Ramallah, Menteri Luar Palestin, Mahmud al-Zahar, menegaskan kerajaan Hamas bersedia hidup seiringan dengan negara jirannya dan menganggap pembentukan dua negara dengan Palestin yang merdeka sebagai jalan penyelesaian terbaik konflik Asia Barat.
''Kita sememangnya berusaha mencari kebebasan dan kemerdekaan dan wujud di samping negara jiran. ''Kerajaan Hamas juga bersedia mengadakan perbincangan serius dengan pihak kuartet,'' katanya merujuk kepada Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Russia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Zahar membuat kenyataan demikian dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan.
Empat anggota kuartet itu adalah penaja proses damai Asia Barat yang kini buntu dengan antara cadangannya termasuk pembentukan sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka di samping Israel.''Kita memang berharap dapat hidup dalam keadaan serba aman dan selamat sebagaimana negara lain di dunia ini.
Ini penting bagi membolehkan rakyat menikmati kebebasan dan kemerdekaan dengan saling hidup bersama jiran,'' katanya.Pergerakan Hamas yang dilabelkan pertubuhan pengganas oleh AS dan Israel, mengambil alih pentadbiran Palestin secara rasmi minggu lalu. Antara perjuangan utamanya adalah menuntut kemusnahan Israel dan pembentukan sebuah negara Palestin.
Salinan surat Zahar kepada PBB yang diperoleh agensi berita Agence France-Presse (AFP) menyebut pembentukan dua negara dan kerajaan Hamas bersedia mengadakan rundingan damai dengan masyarakat antarabangsa.
''Tindak tanduk Israel di wilayah Palestin itu akan hanya memusnahkan semua harapan mencapai penyelesaian damai berasaskan pembentukan dua negara berasingan itu,'' tegasnya
posted by jasindaily online @ 9:00 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com