Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Israel tingkat serangan, 8 rakyat Palestin terbunuh
Isnin, April 10, 2006
BANDAR GAZA 9 April - Dua serangan udara Israel membunuh lapan rakyat Palestin, petanda yang menunjukkan Israel telah meningkatkan tindak balas terhadap serangan roket Palestin dari Gaza sejak Hamas berkuasa minggu lalu.

Para pegawai Palestin berkata, dalam serangan baru selepas senja semalam, enam rakyat Palestin terbunuh dan lima yang lain cedera apabila pesawat Israel melepaskan peluru berpandu ke sebuah kem latihan militan di tengah Gaza.

Tentera Israel mengesahkan, ia melakukan serangan terhadap kem Fatah yang dikatakan digunakan untuk latihan bersenjata dan merancang serangan pengganas terhadap Israel.

Penduduk Palestin berkata, sasaran itu ialah kem latihan yang digunakan oleh Briged Abu Rish, kumpulan ad hoc yang berpecah daripada beberapa kumpulan militan termasuk Fatah dan Hamas.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Rdeneh berkata, serangan udara itu adalah perkembangan baru dan Palestin akan merayu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meluluskan resolusi menentang serangan Israel.

Beberapa hari lalu, tentera juga meningkatkan serangan artileri terhadap Gaza dengan kali pertama menembak ke arah tapak pelancaran roket walaupun ia terletak di kawasan mempunyai penduduk yang ramai.

Pegawai Palestin berkata, dalam tempoh empat hari, dua penduduk Palestin terbunuh dan 25 yang lain cedera apabila serangan itu terkena rumah mereka.
Pegawai keselamatan Israel berkata, tentera telah melepaskan 750 tembakan meriam sejak Khamis.
posted by jasindaily online @ 8:56 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com