Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Israel mahu serang Iran
Selasa, April 18, 2006
Tidak yakin Eropah, Amerika bertindak pantas menyelamatkan rejim Yahudi
BAITULMAQDIS: Ketua parti Yisrael Beitenu yang akan mempunyai wakil dalam kabinet baru Israel, berkata rejim Zionis itu mungkin terpaksa membuat serangan awal secara sendiri terhadap Iran bagi menyekat negara Islam itu membangunkan senjata nuklear.

Avigdor Lieberman memberitahu Radio Israel semalam program nuklear Iran ''mewakili satu ancaman kepada kewujudan Israel dan dengan itu memaksanya mengambil tindakan jika masyarakat antarabangsa tidak membuat sesuatu.''
Krisis berhubung program nuklear Iran meruncing minggu lalu selepas Iran berkata saintisnya berjaya meningkatkan mutu uranium kepada tahap yang diperlukan untuk menjana tenaga.Iran berkata, programnya adalah untuk tujuan keamanan tetapi teknologi peningkatan dikatakan boleh juga digunakan untuk membangunkan senjata nuklear.
Pemangku Perdana Menteri, Ehud Olmert sebelum ini berkata pihaknya tidak akan membiarkan mana-mana negara mengancam kewujudan Israel dengan senjata pemusnah besar.
Bagaimanapun, beliau tidak menekan kepada kemungkinan melancarkan serangan awal terhadap Iran, sebaliknya lebih cenderung kepada usaha diplomasi secara bersama dengan masyarakat antarabangsa.Pada 1981, Israel melancarkan serangan awal terhadap kemudahan nuklear Iraq di Osirak dekat Baghdad yang dibina dengan bantuan Perancis. Israel dikatakan mempunyai senjata nuklear yang dianggarkan berjumlah 200 kepala peluru berpandu.
Lieberman, menyatakan kesangsiannya terhadap keberkesanan usaha antarabangsa untuk memaksa Iran tidak meneruskan dengan program nuklearnya. Beliau menggesa Israel ''mempelajari daripada perang dunia kedua dan bertindak secara sendirian jika perlu.''
Parti Yisrael Beitenu dijangka menyertai parti Kadima yang dipimpin Olmert untuk menubuhkan kerajaan dengan Liebermann dijangka dilantik sebagai menteri keselamatan dalam negara
posted by jasindaily online @ 10:10 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com