Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Iraq hadapi tekanan AS bentuk Kabinet
Selasa, April 25, 2006
BAGHDAD 24 April - Bakal Perdana Menteri Iraq, Jawad Al-Maliki hari ini menghadapi tekanan hebat daripada Amerika Syarikat (AS) untuk membentuk Kabinet dengan segera bagi mencegah perang saudara di negara ini.

Lebih empat bulan selepas pilihan raya Disember lalu, para pemimpin politik belum dapat membentuk Kabinet disebabkan pertelingkahan mengenai siapa yang patut mengetuai kerajaan dan memegang portfolio kementerian penting yang lain.

Namun kelmarin kebuntuan itu dipecahkan apabila Jawad dicalonkan oleh blok Syiah dominan, Perikatan Iraq Bersatu (UIA) sebagai calon kompromi selepas Perdana Menteri Ibrahim Jaafari menarik balik pencalonannya.

Pentadbiran AS diketuai oleh Presiden George W. Bush mengenakan tekanan terhadap Jawad supaya membentuk Kabinet dan merangka rancangan keselamatan bagi menghentikan keganasan yang masih berlarutan.

Hari ini sahaja, enam orang maut dan puluhan lagi cedera apabila enam bom kereta meletup di Baghdad manakala polis menemui mayat 17 penduduk Iraq yang dipercayai mangsa keganasan Syiah-Sunah.

Bush semalam menelefon Jawad, Presiden Jalal Talabani yang dipilih semula dan Speaker Parlimen baru, Mahmud Mashhadani untuk menggesa mereka menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan.

''Saya menyatakan mereka memikul tanggungjawab amat besar terhadap rakyat mereka,'' kata Bush.

Kelmarin, sejurus selepas Jawad dicalonkan, Bush menekankan peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan baru untuk membendung keganasan.

Sementara itu, para pemimpin Arab Sunah menyeru agar Kabinet baru tersebut dibentuk daripada perikatan yang mendapat sokongan meluas.

''Kami membayangkan kerajaan baru akan menggabungkan semua blok di Parlimen dan menyatukan kelompok dari luar Parlimen. Jika itu berlaku barulah kita boleh mengatakan kita mempunyai kerajaan perpaduan negara,'' kata jurucakap Barisan Permuafakatan Kebangsaan, Zhafer Al-Ani.
posted by jasindaily online @ 8:47 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com