Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Iran ugut keluar perjanjian nuklear
Selasa, April 25, 2006
TEHERAN 24 April - Iran mengugut untuk menarik diri daripada menjadi anggota Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sekiranya keahlian itu tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di sini, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad secara sinis mempersoalkan sumbangan penting Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sepanjang Teheran menjadi anggota NPT lebih 30 tahun lalu.

Menurutnya, adalah menjadi dasar utama kerajaan Iran bekerjasama dalam kerangka NPT dan IAEA berhubung isu nuklear namun sekiranya hak Teheran dicabul, maka tindakan tersebut perlu dikaji semula.

Majlis Keselamatan telah memberikan masa sehingga Jumaat ini untuk menggantung semua aktiviti pengayaan uranium mereka.

Bagaimanapun, Teheran menolak tuntutan Majlis Keselamatan itu sambil menegaskan, mereka berhak untuk meneruskan aktiviti pengayaan uranium kerana mereka adalah anggota NPT.

Pada sidang akhbar yang sama, Mahmoud turut menggunakan kesempatan untuk membidas Israel dan mendakwa, rejim Yahudi merupakan sebuah negara palsu yang tidak boleh dibiarkan untuk terus wujud.

Kenyataan Mahmoud terhadap kewujudan Israel sebagai sebuah negara sah mengulangi retorik beliau pada Oktober lalu apabila Mahmoud menegaskan, Israel perlu dihapuskan daripada muka bumi ini.
posted by jasindaily online @ 1:12 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com