Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Iran terus cabar PBB- Teheran ulangi pendirian aktiviti pengayaan uranium diteruskan
Isnin, April 24, 2006
TEHERAN 23 April - Iran tidak akan menghentikan aktiviti pengayaan uraniumnya walaupun menghadapi ancaman dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk kesan buruk.

Pada masa yang sama Iran menawarkan negara asing menyertai projek pembinaan dua lagi loji tenaga nuklear di negaranya.

Tender itu terbuka kepada semua negara yang ingin bekerjasama membangunkan sektor itu.

''Aktiviti pembangunan dan penyelidikan nuklear dan pengayaan uranium Iran tidak boleh dihentikan,'' kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Hamid Reza Asefi.
PBB telah menuntut supaya Iran menghentikan kegiatan pengayaan uranium itu, yang didakwa oleh negara-negara Barat sebagai bertujuan untuk membina senjata atom nuklear.

Iran telah berkali-kali menekankan bahawa program nuklearnya itu adalah untuk tujuan keamanan.

Pemantau nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dijadual mengemukakan laporannya selewatnya pada 28 April ini sama ada Iran mematuhi tuntutan tersebut ataupun sebaliknya.

''Jika laporan itu mengandungi penilaian pakar, maka tiada apa yang perlu dirisaukan,'' kata Hamid di sini.

''Bagaimanapun, jika laporan itu menambah tekanan ke atas Iran atau mengancam untuk mengenakan tindakan, Iran sudah tentu akan menggunakan haknya dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,'' katanya.

Iran berkata, aktiviti pengayaan itu termasuk membangunkan emparan P-2 yang mampu mengayakan uranium dengan kadar lebih cepat daripada unit P-1.

Pengumuman awalnya bahawa ia akan meneruskan program P-2 itu telah menambah negara- negara Barat.
posted by jasindaily online @ 9:05 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com