Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Iran latih warga Britain
Khamis, April 20, 2006
LONDON 19 April - Sebuah kumpulan militan Iran berfahaman ekstrem kini dalam usaha mencari warga Muslim yang menetap di Britain untuk melancarkan serangan berani mati di Israel.

Dalam satu komen yang disiarkan dalam akhbar The Guardian hari ini, jurucakap kepada kumpulan Peringatan Syahid untuk Kempen Islam Sedunia, Mohammad Samadi berkata, keputusan itu diambil memandangkan proses untuk warga Iran memperolehi pasport Britain tidak serumit yang disangka.

Menurutnya, banyak cara haram digunakan oleh individu-individu tertentu untuk mendapatkan pasport Britain seperti memalsukan dokumen perjalanan.

''Adakah anda fikir proses oleh warga Iran untuk mendapatkan pasport British adalah sukar? Tidak, puluhan ribu pasport telah dikeluarkan setiap hari kepada pencari suaka politik di Britain.

''Yang pasti, terdapat ramai penduduk Islam yang menetap di Britain dan beberapa negara Eropah lain kini sudah bersedia untuk melancarkan serangan berani mati,'' katanya.

Mohammed berkata demikian ketika berucap pada satu kempen merekrut pengebom berani mati di Teheran.

Pada masa yang sama, Mohammed menegaskan, sasaran serangan kumpulannya ialah rejim Yahudi.

Katanya, serangan ke atas Israel itu bagaikan satu medan perjuangan kepada kumpulannya.

Mohammed menambah, semua warga Yahudi tidak kira pihak ketenteraan mahupun rakyat awam akan menjadi sasaran dalam serangan berkenaan.

''Ini adalah tanah kita dan mereka (Yahudi) berada di dalam tempat yang salah. Adalah menjadi tanggungjawab bagi warga Yahudi untuk memberikan tumpuan kepada keselamatan keluarga dan memindahkan mereka dari medan perjuangan,''ujarnya.

Akhbar The Guardian turut mendedahkan, kumpulan militan itu telah merekrut kira-kira 52,000 pejuang, 30 peratus daripadanya ialah golongan wanita sejak ia mula ditubuhkan dua tahun lalu.

Bagaimanapun terdapat di kalangan diplomat asing Barat menolak signifikan ancaman kumpulan militan itu sambil berkata, kempen tersebut lebih menjurus kepada manifestasi protes ke atas Israel dan bukannya pengebom berani mati.
posted by jasindaily online @ 7:17 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com