Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
Bush kempen musnah nuklear Iran
Ahad, April 09, 2006
WASHINGTON 8 April - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush sedang merancang kempen pengeboman besar-besaran terhadap Iran.

Serangan itu termasuk penggunaan bom nuklear penghancur kubu bawah tanah bagi memusnahkan sebuah tapak yang disyaki tempat membina senjata nuklear, lapor majalah New Yorker dalam keluaran 17 April ini.

Menurut artikel tulisan wartawan siasatan Seymour Hersh itu, Bush dan pegawai lain di White House sudah mula melihat Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai pemimpin yang boleh menjadi seperti Adolf Hitler.

''Itulah nama yang mereka gunakan,'' kata seorang bekas pegawai kanan perisikan menurut artikel itu.

Seorang penasihat kanan Pentagon dipetik sebagai berkata: ''White House percaya satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengubah struktur kuasa di Iran dan itu bermakna perang.''

Bekas pegawai perisikan itu menggambarkan perancangan perang yang dijalankan sebagai besar-besaran, rancak dan boleh dilaksanakan, kata Hersh.

Perancangan ketenteraan itu dibuat berasaskan kepercayaan bahawa kempen pengeboman yang berterusan terhadap Iran akan memalukan pucuk pimpinan ulama di negara itu dan mendorong rakyat untuk bangkit menggulingkan kerajaan, lapor New Yorker.

Sejak beberapa minggu kebelakangan, Bush secara diam-diam telah memulakan siri perbincangan mengenai rancangan berhubung Iran dengan beberapa anggota penting Senat dan Dewan Perwakilan, termasuk seorang Demokrat, menurut laporan itu lagi.

Salah satu tindakan yang dipertimbangkan termasuk penggunaan bom nuklear pemusnah kubu bawah tanah seperti B61-11 bagi memusnahkan loji emparan utama Iran di Natanz.

Bagaimanapun perhatian yang diberikan terhadap penggunaan bom nuklear itu telah menimbulkan kebimbangan mendalam di kalangan pegawai tentera.

Malah beberapa pegawai mengancam untuk meletakkan jawatan selepas percubaan mereka untuk menggugurkan penggunaan bom nuklear sebagai satu pilihan daripada rancangan perang terhadap Iran ditolak, menurut Hersh
posted by jasindaily online @ 9:17 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com